Jangan bagi alasan hari cuti anda sebagai hari untuk makan snek.
Sebagai lelaki, anda memang memerlukan nutrien untuk membantu anda
mengekalkan jisim otot, mencegah kanser prostat dan sebagainya. Banyak
makanan kegemaran anda bukanlah pilihan baik untuk kesihatan dalaman
lelaki.
.
.
Seperti wanita yang perlu mengambil makanan sihat sepanjang hamil,
anda juga perlu makanan sihat untuk kekal bertenaga bersama isteri dan
macho di mata si dia.
13 Makanan Meningkatkan Kesuburan Lelaki
1) TIRAM
Ramai yang tidak tahu bahawa tiram merupakan sumber makanan cinta adalah
benar. Kandungan antioksida dan zink mineral di dalamnya mampu membantu
memperbaiki sel, menghasilkan DNA sihat sehinggalah mencegah penyakit
kanser prostat.
Namun, hati-hati jika tiram tidak dimasak sempurna kerana satu jangkitan
dikenali sebagai Vibrio vulnificus akan menyerang anda nanti.
2) PISANG
Buah pisang merupakan sumber terpantas untuk mendapatkan tenaga selain
kaya dengan zat potasium yang diperlukan untuk mengawal saraf, denyutan
jantung dan tekanan darah. Kandungan kalium dan magnesium juga boleh
membantu mengurangkan risiko diserang strok.
Jadi, jangan lupa menikmati sebiji pisang setiap hari atau sebelum anda menuju ke gim.
3) LEMAK IKAN
Ikan seperti salmon, sardin, tuna dan makerel merupakan ikan yang kaya
dengan sumber omega-3 asid lemak. Pakar pemakanan juga menggalakkan anda
mengambil menu ikan dua kali seminggu.
4) BROKOLI
Kaya dengan vitamin C, beta karotin dan potasium mampu membantu
mengelakkan penyakit jantung dan kanser. Kandungan phytochemical yang
digelar sulphoraphane pula merupakan bahan pencegah prostat dan kolon
yang kerap menyerang lelaki.
Kajian dari Universiti Harvard medapati lima hidangan seminggu mampu membantu mencegah penyakit kanser pundi kencing.
5) KACANG BRAZIL
Kacang Brazil adalah sangat baik untuk lelaki kerana kandungan
seleniumnya yang tinggi. Ia merupakan bahan yang baik untuk meningkatkan
kesihatan sperma dan mortilitinya.
.
Selenium juga membantu merendahkan
lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) atau kolesterol selain bertindak
sebagai meningkatkan mood. Selain itu, ia juga baik untuk jantung dan
hati.
6) TELUR
Berita baik untuk anda yang mudah mengalami keguguran rambut.
Penyelesaiannya, masukkan telur ke dalam menu harian anda. Ini kerana ia
adalah sumber protein dan biotin (vitamin B7) yang menggalakkan
pertumbuhan rambut, malah kuning telur adalah sumber zat besi yang baik.
7) COKLAT (DARK CHOCOLATE)
Coklat sememangnya mempunyai pelbagai khasiat terhadap tubuh badan. Coklat mengandungi L- arginine, sejenis amino asid yang yang diperlukan oleh tubuh badan dalam penghasilan sperma. Coklat dapat meningkatkan bilangan sperma dan isi padu air mani.
.
Menurut satu kajian dari The University of Michigan Health System, pengambilan L-arginine sebagai suplemen tambahan dalam beberapa bulan dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma.
.
L-arginine juga boleh menyebabkan pengembangan salur darah (vasodilation), yang meningkatkan aliran darah pada alat sulit dan seterusnya membantu dalam proses ereksi.
8) BAWANG PUTIH
Bawang putih mengandungi oxide synthase (NOS) yang merupakan bahan yang memainkan peranan yang penting dalam ereksi. Bawang putih juga mengandungi selenium dan vitamin B6 yang penting dalam penghasilan sperma yang sihat.
9) BUAH DELIMA
Buah delima mengandungi bahan anti oksida yang dapat melawan malondialdehyde (MDA), sejenis bahan kimia dalam salur darah yang boleh membunuh sel sperma. Malondialdehyde ini juga terdapat dalam air mani, yang menunjukkan sperma kurang berkualiti.
.
Kajian terbaru yang telah diterbitkan dalam International Journal of Medical Research and Health
Sciences (2013) telah membuktikan merokok boleh meningkatkan tahap MDA dalam air mani dan mengurangkan bilangan sperma.
.
Sebuah lagi kajian yang telah diterbitkan dalam Clinical Nutrition Journal menunjukkan pengambilan jus delima setiap hari boleh memusnahkan radikal bebas (free radical) dalam badan dan dapat meningkatkan kualiti sperma.
10) DAGING MERAH
Daging mengandungi zat sepeti zink yang membantu menghalang radikal bebas (free radicals) dari menjadi sebahagian dari sperma, yang akan mengurangkan kualitinya. Zink juga membantu testosterone dari bertukar kepada estrogen yang akan mengakibatkan penurunan nafsu syahwat.
.
Menurut Mayo Clinic, pengambilan sebanyak 66mg zink setiap hari dapat meningkatkan bilangan sperma dalam lelaki yang separa subur (subfertile) dan 220 mg sehari dapat membantu mengurangkan masalah mati pucuk dalam kalangan lelaki.
11) BAYAM
Terdapat banyak kandungan folic acid dalam bayam yang boleh membantu meningkatkan kuantiti sperma. Bahan ini juga mampu membantu menghasilakan sperma yang sihat dah tinggi motilitinya.
12) AIR KOSONG
Cara yang paling mudah untuk meningkatkan bilangan sperma adalah dengan
minum air yang mencukupi setiap hari. Ia sangat penting bagi memastikan
tubuh badan anda sentiasa terhidrat bagi meningkatkan fungsi sel-sel
dalam badan, termasuklah sel sperma. Bilangan pengambilan air yang
mencukupi adalah antara 8 hingga 10 gelas air kosong setiap hari.
13) SUPLEMEN HERBA
Sejak zaman nenek moyang lagi, orang tua di Asia Tenggara telah lama mengamalkan minuman air rebusan akar kayu seperti Tongkat Ali dan Ubi Jaga. Herba ini telah diakui dapat meningkatkan kepekatan serta kesuburan sperma.
.
Kandungan Flavanoid yang tinggi di dalam herba tersebut, terbukti dapat memekatkan dan menambah isipadu air mani lelaki. Kini, dengan teknologi makmal perubatan, herba ini sudah dijadikan ekstrak dalam bentuk kapsul, yang mana ia lebih berkesan dan kesannya lebih cepat.
13) SUPLEMEN HERBA
Sejak zaman nenek moyang lagi, orang tua di Asia Tenggara telah lama mengamalkan minuman air rebusan akar kayu seperti Tongkat Ali dan Ubi Jaga. Herba ini telah diakui dapat meningkatkan kepekatan serta kesuburan sperma.
.
Kandungan Flavanoid yang tinggi di dalam herba tersebut, terbukti dapat memekatkan dan menambah isipadu air mani lelaki. Kini, dengan teknologi makmal perubatan, herba ini sudah dijadikan ekstrak dalam bentuk kapsul, yang mana ia lebih berkesan dan kesannya lebih cepat.
PENUTUP
Masih sempat lagi untuk anda menghala ke pasar pagi untuk mencari
makanan-makanan sihat. Jika sebelum ini anda bukanlah seorang yang
mementingkan kesihatan, masih belum terlambat lagi untuk anda menjaga
kesihatan tubuh badan anda.